makan tengahari yang tertunda hanyalah pesanan pizza segera dari PIZZA HUT.Tiada mood untuk ke bandar.Kami bertiga duduk di rumah kawanku.Aku telah beli dua kerusi malas plastik second hand dan satu lagi kami jumpa di tempat kitar semula.
Awan kumulus nimbus berkepul padat memenuhi langit. Lapisan bawah awan gelap dan berat.Bila2 sahaja hujan akan turun.
Kawanku dan aku melayan perasaan melihat langit yang semakin mendung.Abangku menghembus asap rokok tebal perlahan.Entah apa yang difikirkannya.
Aku masih keliru dengan perasaanku.Sedikit kecewa kerana Mama tidak jadi datang.Sedikit cemburu kerana aku semakin jauh dari Mama.Tentunya dia akan sibuk dengan si kecil adikku.Lama-kelamaan mungkinkah dia juga terus melupakan aku?
'NAMUN SEBAGAIMANA IDEA GILA APABILA IANYA TERLAKSANA SEGILA YANG DIFIKIR SEWAKTU PERTAMA MENDENGARNYA'
Itulah kisah pada 'life in the pieces of a pizza!
